Seronok nila dengar retis nak kahwin. CG pun tumpang happy. Bila CG dapat tahu je CG pun berdoa untuk kebahagiaan Misha Omar ni. Ye lah Walaupun dah tertangguh 2 kali dalam 2 tahun akhirnya Misha ambil keputusan bakal bernikah pada bulan Febuari 2014 ni dan tarikh nya bakal di uar-uarkan tak lama lagi.
Alhamdulillah setelah ditangguhkan sekali lagi pada September lalu, akhirnya keluarga kedua-dua belah pihak bersetuju untuk memilih Februari 2014 untuk menyatukan ikatan cinta kami. Namun tarikh sebenarnya belum lagi ditetapkan sehingga mereka berjumpa dan berbincang secara lanjutnya.
Kami memilih Februari tahun hadapan sempena genap dua tahun kami bersama setelah mengikat tali pertunangan pada Februari 2012. Kebetulan kami berdua lapang pada bulan tersebut dan tidak terikat komitmen kerja. Harap-harapnya, semua berjalan lancar.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan. Aaminn...